ROHAIDA ASUKOH KEMAS BAGAN DATOH
Thursday, 29 November 2012
Wednesday, 28 November 2012
Tuesday, 18 September 2012
BALING SELIPAR
Permainan
Baling Selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama
seperti permainan Baling tin Cuma ditukar kepada selipar. Tiga (3) selipar
diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk
menjatuhkan.Permainan ini boleh dibahagi kepada 2 kumpulan.
GULI
Permainan
guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun.
Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.Kawasan tanah rata dan lapang adalah
gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan
untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur,
berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu
bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah
bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. Dengan
menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan
lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. Daripada garisan besar
tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
LOMPAT GETAH
Permainan ini dinamakan 'lompat getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang.Alatan yang digunakan ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung .
BALING TIN
Permainan
Baling Tin ini merupakan sejenis permainan kanak-kanak tradisional. Ia
dimainkan secara berkumpulan.Biasanya 15 tin susu kosong diperlukan untuk
permainan ini. Tin disusun mengikut urutan 5,4,3,2, dan yang paling atas 1.
BATU SEREMBAN
Asal Usul Batu Seremban
Batu
Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar
dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua
orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu
kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat
digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu
seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah
atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.
Dalam
permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah,
di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat
yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Cara
bermain Buah Satu :
Kesemua
buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama
lain.Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.Dalam
masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.Perlakuan begini akan
berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Cara
bermain Buah Dua:
Cara
buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.Hanya dua biji buah harus
dikutip dengan masa yang sama.Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua
kali sahaja.
Cara
bermain Buah Tiga:
Buah
tiga ada sedikit perbezaan.Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan
dikutip.Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Cara
bermain Buah Empat:
Buah
ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip
kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Subscribe to:
Posts (Atom)