Permainan
guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun.
Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.Kawasan tanah rata dan lapang adalah
gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan
untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur,
berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu
bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah
bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. Dengan
menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan
lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. Daripada garisan besar
tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Cara
Bermain
Untuk
memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam
lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah
dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh
guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain
pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan
bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan
pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah
seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain
lainnya.
Pemain
boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli
miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli
miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan
dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap
pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran
dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu
sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang
induk, giliran untuk pemain lain diberikan.Kiraan mata berdasarkan banyaknya
jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai
giliran.
Dua
cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah.
Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua
pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain
menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.
No comments:
Post a Comment