Pengenalan Permainan Kecil
Maksud main, permainan dan sukan.
Main
Main
ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain
perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu
atau
mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi
kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau
tujuan tertentu.
Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak- kanak.
Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak- kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

Permainan
Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan.
Sukan
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi (Ensiklopedia bebas Wikipedia ).

No comments:
Post a Comment