L lirik lagu : JAN JAN JALA ITIK
Jala-jala Itik
Jan-jan jala , jala , jala ayam,
Berapa lubang kancil ,
Seratus lima puluh ,
Panggil Cik Dayang singgah ,
Makan sirih mulutnya merah
.
Peraturan permainan
1 . Lantik 2 orang murid sebagai ketua . Guru akan memberi
lambang yang berbeza kepada ketua yang dipilih secara rahsia seperti biru dan merah.
2 . Kedua-dua ketua itu akan berpegang tangan membentuk seperti pintu gerbang . Murid-murid akan berbaris di hadapan pintu gerbang .
2 . Kedua-dua ketua itu akan berpegang tangan membentuk seperti pintu gerbang . Murid-murid akan berbaris di hadapan pintu gerbang .
Cara permainan :
- Murid-murid berjalan di bawah dan mengelilingi pintu gerbang sambil menyanyi lagu Jan-Jan Jala hingga tamat .
- Ketua akan meminta murid yang terperangkap memilih lambang secara berbisik .
- Sekiranya murid itu memilih bunga ROS
dia hendaklah berdiri di belakang ketua kumpulan BUNGA ROS atau
sebaliknya . Permainan akan diteruskan sehingga setiap murid telah
diperangkap dan telah memilih lambang masing-masing .
- Permainan berubah corak dengan kedua-dua pasukan berbaris untuk beradu tenaga .
- Kedua-dua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain . Pemain-pemain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang pingang . Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melintasi garisan yang ditetapkan bersama-sama ahli lain (seperti pertandingan tarik tali )
No comments:
Post a Comment