Asal Usul Batu Seremban
Batu
Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar
dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua
orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu
kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat
digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu
seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah
atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.
Dalam
permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah,
di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat
yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Cara
bermain Buah Satu :
Kesemua
buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama
lain.Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.Dalam
masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.Perlakuan begini akan
berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Cara
bermain Buah Dua:
Cara
buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.Hanya dua biji buah harus
dikutip dengan masa yang sama.Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua
kali sahaja.
Cara
bermain Buah Tiga:
Buah
tiga ada sedikit perbezaan.Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan
dikutip.Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Cara
bermain Buah Empat:
Buah
ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip
kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Cara
bermain Buah Lima:
Buah
lima akan dimainkan seperti buah empat.Pemain harus melambungkan buah ibu ke
udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas
itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji
buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya
hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Cara
bermain Buah Enam:
Pada
peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.Pada peringkat
ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.Apabila
sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar
dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Cara bermain Buah Tujuh:
Buah
tujuh adalah urutan daripada buah enam.Dua biji buah yang ada di dalam tangan
harus dilambungkan dengan serentak.Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.Buah ibu hendaklah disambut
dengan kedua-dua belah tangan.
Satu
di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.Pada akhirnya, buah ibu yang
dilambung terakhir juga akan disambut.
No comments:
Post a Comment