Tuesday, 18 September 2012

NENEK NENEK SI BONGKOK TIGA



           
Nenek-nenek Si Bongkok Tiga merupakan sebuah permainan yang  memerlukan pemain-pemainnya untuk menyanyi. Permainan ini lebih baik sekiranya dimainkan oleh ramai pemain. Sehelai sapu tangan diperlukan untuk menutup mata  nenek  dan kayu sebagai tongkat. Permainan ini sesuai dimainkan di kawasan yang lapang.
Cara Bermain :
:i. Pilih seorang pemain untuk menjadi µnenek
.ii. Mata µnenek ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata.
iii. Pemain lain membuat bulatan sambil berpegangan tangan.
iv.Nenek memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
v. Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi  nenek.

 Nenek-nenek si bongkok tiga. Siang malam asyik berjaga  .Mencari cucu di mana ada . Nenekku kahwin dengan anak raja  .Semasa pemain mengelilingi nenek sambil bernyanyi, nenek hanya   berdiam diri sambil menggerakkan tongkat dan  membongkok-bongkokkan badan beraksi seperti orang tua.
vii. Selepas selsai menyanyi, pemain duduk mencangkung dan  mendiamkan diri.
viii. Nenek pula menyanyikan lagu :-
 Cucu, cucu tak dapat lari Nenek tua banyak sakti.  Sekarang nenek  nak cari ganti  . Siapa yang kena dia yang ganti´ 
                


No comments:

Post a Comment