ISI AIR DALAM BOTOL
Jangka
masa yang diperlukan untuk menyelesaikan permainan ini ialah antara 5 hingga 8
minit .Tempat bermain Aktiviti ini akan dilakukan di padang di mana murid-murid
bebas untuk bergerak.Permainan ini tidak boleh dilakukan di jalan raya
atau tempat yang sibuk seperti kawasan perumahan yang sibuk.
PERALATAN PERMAINAN
Baldi,Bekas botol air, Sudu,Gelung rotan
Dalam
permainan ini,bekas botol air digunakan untuk diisi oleh setiap peserta.Saiz botol haruslah sama agar mudah untuk membuat penilaian .
CARA PERMAINAN:
Murid-murid
dibahagikan dalam kumpulan sama ada 3 atau 4 kumpulan mengikut bilangan
murid-murid.Setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau lebih orang pemain.
Semua
peserta akan berdiri di belakang garisan permulaan.
Apabila
wisel dibunyikan,salah seorang peserta dalam setiap kumpulan akan berlari
kekawasan baldi air yang telah disediakan dan seterusnya mengambil air dengan menggunakan
sudu ,kemudian berlari kearah bekas botol air sambil membawa air yang
berada di dalam sudu.Peserta harus mengawal air tersebut daripada tumpah.
Apabila
sampai ke bekas botol air yang kosong ,peserta dikehendaki mengisikan botol kosong
tersebut dengan air yang dibawa dengan sudu tadi.
Selepas
itu,peserta akan berlari balik ke garisan permulaan dan menyentuh rakan mereka untuk
menggantikannya. Aktiviti ini selesai apabila tempoh masa yang diberikan
telah tamat dan guru akan membuat penilaian untuk menentukan kumpulan mana yang
memenangi aktiviti ini.
No comments:
Post a Comment