Friday, 14 September 2012

BOLA DAN MONYET




             BOLA DAN MONYET

Peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah bola dan kawasan ini boleh dijalankan di kawasan yang lapang seperti padang dan sebagainya.Permainan ini memberi latihan kepada pelajar tentang kemahiran menangkap dan melambung.

Cara Bermain :
 i.                     Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dalam setiap kumpulan, terdapat 3 orang pemain. 
ii.            3 orang pelajar disusun secara berbaris.
iii.           Pemain yang berada di tengah akan bertindak sebagai monyet.
iv.            Pemain yang berada di antara monyet tersebut hendaklahmencampakkan bola kepada rakannya yang seorang lagi.
v.            Monyet  akan cuba menangkap bola tersebut.
vi.           Jika monyet dapat menangkap bola tersebut, maka pemain yangmembaling bola tadi akan bertukar menjadi monyet.
vii.          Aktiviti ini boleh dilakukan  dalam banyak kumpulan dan ia bolehdijalankan secara serentak.

No comments:

Post a Comment