Friday, 14 September 2012

GELUNG ROTAN

       


 Nama Permainan   :   Gelung Rotan
 Jangka masa             :     5 - 10 minit
Tempat                           :     Gymnasium  atau Kawasan lapang
Bilangan pemain         :     5 - 10 orang
Senarai Alatan             :     2 Gelung Rotan,  8 Skital ,Bola getah dalam kuantiti yang banyak dan bakul
                                                  bola

Petunjuk :
Skital                     Gelung rotan              Pemain                            Bakul Bola

Langkah-langkah Pelaksanaan, Permainan , Peraturan dan Syarat-syarat Permainan :
i. Pemain mesti melalui kesemua skital secara zig zag.
ii. Ketika meleret bola, kaki tidak dibenarkan melepasi garisan meleret bolayang disediakan.
iii. Hanya dibenarkan meleret bola dengan menggunakan tangan.
iv. Kawalan permainan : Masa yang telah ditetapkan adalah 5 minit.
v. Penentuan Pemenang : Berdasarkan bilangan bola yang berjaya  dikumpulkan di dalam gelung rotan pada masa yang ditetapkan.  
Cara Bermain :
1.       Permainan dimainkan dalam 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang. 
2.       Pemain akan berbaris mengikut kumpulan di belakang garis mula.
3.        Pemain mengambil bola di dalam bakul yang disediakan dan melalui halangan(skilter) secara berlari zig zag dengan membawa hanya sebiji bola sahaja ditangan.
4.       Seterusnya, pemain berdiri di belakang garisan meleret bola yang berada 3 m  dari gelung rotan. Pemain dikehendaki  meleret bola dengan  gelung rotan.


5.       Pemain dikehendaki  meleret bola dengan  menggunakantangan masuk ke dalam gelung rotan
6.     Pemain hanya dibenarkan membuat 1 kali percubaan sahaja. Pemain yang berjaya atau tidak meleretkan bola masuk ke dalam gelung rotan harus berlari semula ke garis mula  tanpa melalui halangan (skital) untuk ahli kumpulan  seterusnya bermain.7
7.    . Permainan  akan diteruskan sehingga masa permainan ditamatkan

No comments:

Post a Comment