Galah Panjang merupakan satu
permainan yang bertujuan untuk menguji kecekapan pelajar berlari melepasi
halangan. Permainan ini memerlukankawasan yang lapang dan gelanggang berbentuk
segi empat tepat di atas tanah. Bilangan
pemain bagi permainan ini ialah enam orang untuk dua pasukan iaitu tiga
orang bagi setiap kumpulan.
Cara Bermain :
1.Bina gelanggang dengan
menggunakan penanda ataupun buat garisandi atas tanah.
2.Satu pasukan terdiri daripada
sekurang-kurangnya tiga orang.
3.Bagi menentukan pasukan mana
yang akan bermain dahulu, ketua kedua-dua
kumpulan diminta mencabut lidi yang
dipegang oleh mereka yang terlibat
dengan permainan. Kumpulan yang mencabut lidi panjang akan bermain dahulu..
4.Pasukan yang mendapat lidi
panjang akan memulakan permainan iaitu bertindak
sebagai penyerang sementara pasukan satu lagi menjaga garisan sebagai pasukan pertahanan.
5.Bagi memulakan permainan,
ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan
ketua pasukan pengawal.
6.Ketua pasukan pertahanan akan
menjaga garisan tengah.
7.Pasukan pertahanan akan cuba
menghalang pemain pasukan penyerang melintasi garisan dengan mendepakan tangan ataupun
mencuit badan penyerang.
8.Pasukan penyerang akan cuba
melepasi garisan pertama, kedua tanpa
disentuh ataupun ditangkap oleh pasukan lawan.
9.Pemain penyerang yang berjaya
melepasi garisan ataupun halangan yang
ketiga akan berpatah balik dan melepasi ketiga-tiga halangan yang dilaluinya pada awal permainan.
Sekiranya ketiga-tiga
halangan berjaya dilepasi oleh salah seorang ahli pasukan penyerang
tanpa disentuh oleh pasukan
pertahanan, pasukanyang bermain akan mendapat satu mata.
10.Sebaliknya jika salah seorang pemain daripada pasukan yang bermaindapat
disentuh oleh pasukan lawan, ia akan dikira mati dan pasukanlawan pula akan
bermain.
No comments:
Post a Comment