Wednesday, 28 November 2012




NAMA                                        :   ROHAIDA BINTI ABDUL SUKOH

KUMPULAN/UNIT              :   KDPM KDC KEMAS

MATAPELAJARAN             :   PENGURUSAN SUMBER

MAKLUMAT  TABIKA       :   TABIKA KEMAS RUMAH AWAM BAGAN DATOH
                                                 
                                                    :    36100,BAGAN DATOH ,PERAK.

Tuesday, 18 September 2012

BALING SELIPAR




Permainan Baling Selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama seperti permainan Baling tin Cuma ditukar kepada selipar. Tiga (3) selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.Permainan ini boleh dibahagi kepada 2 kumpulan.

GULI



Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. Dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. Daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

LOMPAT GETAH



Permainan ini dinamakan 'lompat getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang.Alatan yang digunakan ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung .

BALING TIN



    
Permainan Baling Tin ini merupakan sejenis permainan kanak-kanak tradisional. Ia dimainkan secara berkumpulan.Biasanya 15 tin susu kosong diperlukan untuk permainan ini. Tin disusun mengikut urutan 5,4,3,2, dan yang paling atas 1.

BATU SEREMBAN



Asal Usul Batu Seremban
Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.
Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Cara bermain  Buah Satu :              
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Cara bermain Buah Dua:
Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Cara bermain Buah Tiga:
Buah tiga ada sedikit perbezaan.Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Cara bermain Buah Empat:
Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

NENEK NENEK SI BONGKOK TIGA



           
Nenek-nenek Si Bongkok Tiga merupakan sebuah permainan yang  memerlukan pemain-pemainnya untuk menyanyi. Permainan ini lebih baik sekiranya dimainkan oleh ramai pemain. Sehelai sapu tangan diperlukan untuk menutup mata  nenek  dan kayu sebagai tongkat. Permainan ini sesuai dimainkan di kawasan yang lapang.
Cara Bermain :
:i. Pilih seorang pemain untuk menjadi µnenek
.ii. Mata µnenek ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata.
iii. Pemain lain membuat bulatan sambil berpegangan tangan.
iv.Nenek memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
v. Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi  nenek.

BELALANG BELATUK

      


      

       BELALANG BELATUK


       Peraturan :

       Murid dibahagikan 2 barisan iaitu belalang dan belatuk

      Apabila guru menyebut belalang, belalang akan mengejar belatuk

      Belatuk berlari ke kawasannya dan menyentuh skital yang diletakkandi belakang 

      garisan.

      Ahli yang berjaya menyentuh skital tanpa disentuh oleh pemain lawan.

Friday, 14 September 2012

CONGKAK



    Congkak merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang masih  popular sehingga kini. Permainan ini merupakan satu permainan yangmenguji kecekapan pemain untuk mendapatkan seberapa banyak buah yang  dimiliki oleh pihak lawan. Peralatan yang digunakan dalam permainan  congkak ialah kayu congkak, guli, biji getah atupun kelapa sawit sebanyak 98  biji dan bilangan pemainnya ialah 2 orang pemain.

GALAH PANJANG



Galah Panjang  merupakan satu permainan yang bertujuan untuk menguji kecekapan pelajar berlari melepasi halangan. Permainan ini memerlukankawasan yang lapang dan gelanggang berbentuk segi empat tepat di atas  tanah. Bilangan pemain bagi permainan ini ialah enam orang untuk dua  pasukan  iaitu  tiga orang bagi setiap kumpulan.
Cara Bermain :
1.Bina gelanggang dengan menggunakan penanda ataupun buat garisandi atas tanah.
2.Satu pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang.
3.Bagi menentukan pasukan mana yang akan bermain dahulu, ketua  kedua-dua kumpulan diminta  mencabut lidi yang dipegang oleh  mereka yang terlibat dengan permainan. Kumpulan yang mencabut lidi panjang akan bermain dahulu..
4.Pasukan yang mendapat lidi panjang akan memulakan permainan iaitu  bertindak sebagai   penyerang  sementara pasukan satu lagi menjaga  garisan sebagai pasukan pertahanan. 
5.Bagi memulakan permainan, ketua pasukan penyerang akan menepuk  tangan ketua pasukan pengawal.

PUKUL LALAT

     



Permainan ini dinamakan pukul lalat dengan menggunakan sapu tangan. Ia boleh dimainkan di kawasan lapang dan  bilangan pemain ialah lima orang atau lebih.

BOLA DAN MONYET




             BOLA DAN MONYET

Peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah bola dan kawasan ini boleh dijalankan di kawasan yang lapang seperti padang dan sebagainya.Permainan ini memberi latihan kepada pelajar tentang kemahiran menangkap dan melambung.

PERIGI BERACUN

 



PERIGI BERACUN
Perigi beracun merupakan satu permainan yang ringkas dan mudah. Alatan yang digunakan hanya gelung rotan dan permainan ini hendaklah  dimainkan di kawasan lapang seperti padang atau sebagainya. Bilangan pemain dalam permainan ini hendaklah sekurang-kurangnya empat hingga enam  orang pemain.

LONTAR GELUNG ROTAN KE DALAM KON




         LONTAR GELUNG ROTAN KE DALAM  KON

         3 orang pemain pada satu masa
         Alatan : 3 kon besar, 15 gelung rotan

ISI AIR DALAM BOTOL

     


ISI AIR DALAM BOTOL
Jangka masa yang diperlukan untuk menyelesaikan permainan ini ialah antara 5 hingga 8 minit .Tempat bermain Aktiviti ini akan dilakukan di padang di mana murid-murid bebas untuk bergerak.Permainan ini tidak boleh dilakukan di jalan raya atau tempat yang sibuk seperti kawasan perumahan yang sibuk.
PERALATAN PERMAINAN
Baldi,Bekas botol air, Sudu,Gelung rotan
Dalam permainan ini,bekas botol air digunakan untuk diisi oleh setiap peserta.Saiz botol haruslah sama agar mudah untuk membuat penilaian .

LOMPAT SI KATAK LOMPAT

     

     
         LOMPAT SI KATAK LOMPAT
         CARA BERMAIN  :
         1)  Apabila isyarat mula diberi, peserta no 1 berlari ke hadapandan melompat (dua belah
           kaki) dari satu gelung ke gelungyang lain sehingga gelung yang terakhir.
         2)  Dari gelung itu, dia akan melompat keluar dan terus berlari ketempat asal.
         3)  Sambil melintas garisan dia akan mencuit tapak tanganpeserta no 2.
         4)  Dengan itu peserta no 2 pun meneruskan perlumbaan itu.
         5)  Kumpulan yang selesai lebih awal dikira sebagai pemenang. 

GELUNG ROTAN

       


 Nama Permainan   :   Gelung Rotan
 Jangka masa             :     5 - 10 minit
Tempat                           :     Gymnasium  atau Kawasan lapang
Bilangan pemain         :     5 - 10 orang
Senarai Alatan             :     2 Gelung Rotan,  8 Skital ,Bola getah dalam kuantiti yang banyak dan bakul
                                                  bola

Petunjuk :
Skital                     Gelung rotan              Pemain                            Bakul Bola

Langkah-langkah Pelaksanaan, Permainan , Peraturan dan Syarat-syarat Permainan :
i. Pemain mesti melalui kesemua skital secara zig zag.
ii. Ketika meleret bola, kaki tidak dibenarkan melepasi garisan meleret bolayang disediakan.
iii. Hanya dibenarkan meleret bola dengan menggunakan tangan.
iv. Kawalan permainan : Masa yang telah ditetapkan adalah 5 minit.
v. Penentuan Pemenang : Berdasarkan bilangan bola yang berjaya  dikumpulkan di dalam gelung rotan pada masa yang ditetapkan.  
Cara Bermain :
1.       Permainan dimainkan dalam 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang. 
2.       Pemain akan berbaris mengikut kumpulan di belakang garis mula.
3.        Pemain mengambil bola di dalam bakul yang disediakan dan melalui halangan(skilter) secara berlari zig zag dengan membawa hanya sebiji bola sahaja ditangan.
4.       Seterusnya, pemain berdiri di belakang garisan meleret bola yang berada 3 m  dari gelung rotan. Pemain dikehendaki  meleret bola dengan  gelung rotan.

DATUK HARIMAU


      DATUK HARIMAU
Bahan
Topeng
Tongkat
Tempat : padang

Cara bermain:
1
     Guru menjemput seorang murid menjadi ‘Harimau’ (seekor haiwan buas yang makan manusia) .
2. Murid – murid berdiri di belakang ‘Datuk Harimau’. Jarak antara mereka dengan ‘Datuk Harimau’ ialah 5 kaki (1.5 meter)

JAN JAN JALA ITIK


L       lirik lagu : JAN JAN JALA ITIK
Jala-jala Itik  
Jan-jan jala , jala , jala ayam,
Berapa lubang kancil ,
Seratus lima puluh ,
Panggil Cik Dayang singgah ,
Makan sirih mulutnya merah .                        
Peraturan permainan
1 . Lantik 2 orang murid sebagai ketua . Guru akan memberi  lambang yang berbeza kepada ketua yang dipilih secara rahsia seperti biru dan  merah.
2 . Kedua-dua ketua itu akan berpegang tangan membentuk seperti pintu gerbang .  Murid-murid akan berbaris di hadapan pintu gerbang .

Thursday, 13 September 2012

Permainan Teng-Teng



Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
 Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.

Wednesday, 12 September 2012

Pengenalan Permainan Kecil


Pengenalan Permainan Kecil
Maksud main, permainan dan sukan.
Main
Main ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu
atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau
 tujuan tertentu.
Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak- kanak.
Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak- kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.