Permainan
Baling Selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama
seperti permainan Baling tin Cuma ditukar kepada selipar. Tiga (3) selipar
diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk
menjatuhkan.Permainan ini boleh dibahagi kepada 2 kumpulan.
Tuesday, 18 September 2012
GULI
Permainan
guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun.
Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.Kawasan tanah rata dan lapang adalah
gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan
untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur,
berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu
bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah
bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. Dengan
menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan
lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. Daripada garisan besar
tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
LOMPAT GETAH
Permainan ini dinamakan 'lompat getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang.Alatan yang digunakan ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung .
BALING TIN
Permainan
Baling Tin ini merupakan sejenis permainan kanak-kanak tradisional. Ia
dimainkan secara berkumpulan.Biasanya 15 tin susu kosong diperlukan untuk
permainan ini. Tin disusun mengikut urutan 5,4,3,2, dan yang paling atas 1.
BATU SEREMBAN
Asal Usul Batu Seremban
Batu
Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar
dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua
orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu
kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat
digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu
seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah
atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.
Dalam
permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah,
di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat
yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Cara
bermain Buah Satu :
Kesemua
buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama
lain.Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.Dalam
masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.Perlakuan begini akan
berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Cara
bermain Buah Dua:
Cara
buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.Hanya dua biji buah harus
dikutip dengan masa yang sama.Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua
kali sahaja.
Cara
bermain Buah Tiga:
Buah
tiga ada sedikit perbezaan.Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan
dikutip.Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Cara
bermain Buah Empat:
Buah
ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip
kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
NENEK NENEK SI BONGKOK TIGA
Nenek-nenek Si Bongkok Tiga merupakan sebuah permainan yang memerlukan pemain-pemainnya untuk menyanyi.
Permainan ini lebih baik sekiranya dimainkan oleh ramai pemain. Sehelai sapu
tangan diperlukan untuk menutup mata nenek
dan kayu sebagai tongkat. Permainan ini
sesuai dimainkan di kawasan yang lapang.
Cara Bermain :
:i. Pilih seorang pemain untuk menjadi µnenek
.ii. Mata µnenek ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata.
iii. Pemain lain membuat bulatan sambil berpegangan tangan.
iv.Nenek
memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
v. Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi nenek.
BELALANG BELATUK
BELALANG BELATUK
Peraturan :
Murid
dibahagikan 2 barisan iaitu belalang dan belatuk
Apabila guru
menyebut belalang, belalang akan mengejar belatuk
Belatuk
berlari ke kawasannya dan menyentuh skital yang diletakkandi belakang
garisan.
Friday, 14 September 2012
CONGKAK
Congkak merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang masih popular sehingga kini. Permainan ini merupakan satu permainan yangmenguji kecekapan pemain untuk mendapatkan seberapa banyak buah yang dimiliki oleh pihak lawan. Peralatan yang digunakan dalam permainan congkak ialah kayu congkak, guli, biji getah atupun kelapa sawit sebanyak 98 biji dan bilangan pemainnya ialah 2 orang pemain.
GALAH PANJANG
Galah Panjang merupakan satu
permainan yang bertujuan untuk menguji kecekapan pelajar berlari melepasi
halangan. Permainan ini memerlukankawasan yang lapang dan gelanggang berbentuk
segi empat tepat di atas tanah. Bilangan
pemain bagi permainan ini ialah enam orang untuk dua pasukan iaitu tiga
orang bagi setiap kumpulan.
Cara Bermain :
1.Bina gelanggang dengan
menggunakan penanda ataupun buat garisandi atas tanah.
2.Satu pasukan terdiri daripada
sekurang-kurangnya tiga orang.
3.Bagi menentukan pasukan mana
yang akan bermain dahulu, ketua kedua-dua
kumpulan diminta mencabut lidi yang
dipegang oleh mereka yang terlibat
dengan permainan. Kumpulan yang mencabut lidi panjang akan bermain dahulu..
4.Pasukan yang mendapat lidi
panjang akan memulakan permainan iaitu bertindak
sebagai penyerang sementara pasukan satu lagi menjaga garisan sebagai pasukan pertahanan.
5.Bagi memulakan permainan,
ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan
ketua pasukan pengawal.
PUKUL LALAT
Permainan ini dinamakan pukul
lalat dengan menggunakan sapu tangan. Ia boleh
dimainkan di kawasan lapang dan bilangan
pemain ialah lima orang atau lebih.
BOLA DAN MONYET
BOLA DAN MONYET
Peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah bola dan kawasan ini boleh
dijalankan di kawasan yang lapang seperti padang dan sebagainya.Permainan ini
memberi latihan kepada pelajar tentang kemahiran menangkap dan melambung.
PERIGI BERACUN
PERIGI BERACUN
Perigi beracun merupakan satu
permainan yang ringkas dan mudah. Alatan yang digunakan hanya gelung rotan dan
permainan ini hendaklah dimainkan di
kawasan lapang seperti padang atau sebagainya. Bilangan pemain dalam permainan
ini hendaklah sekurang-kurangnya empat hingga enam orang pemain.
LONTAR GELUNG ROTAN KE DALAM KON
LONTAR GELUNG ROTAN KE DALAM KON
3 orang pemain pada satu masa
Alatan : 3 kon besar, 15 gelung rotan
ISI AIR DALAM BOTOL
ISI AIR DALAM BOTOL
Jangka
masa yang diperlukan untuk menyelesaikan permainan ini ialah antara 5 hingga 8
minit .Tempat bermain Aktiviti ini akan dilakukan di padang di mana murid-murid
bebas untuk bergerak.Permainan ini tidak boleh dilakukan di jalan raya
atau tempat yang sibuk seperti kawasan perumahan yang sibuk.
PERALATAN PERMAINAN
Baldi,Bekas botol air, Sudu,Gelung rotan
Dalam
permainan ini,bekas botol air digunakan untuk diisi oleh setiap peserta.Saiz botol haruslah sama agar mudah untuk membuat penilaian .
LOMPAT SI KATAK LOMPAT
LOMPAT SI KATAK LOMPAT
CARA
BERMAIN :
1) Apabila isyarat
mula diberi, peserta no 1 berlari ke hadapandan
melompat (dua belah
kaki) dari satu gelung ke gelungyang lain sehingga gelung
yang terakhir.
2) Dari gelung itu, dia akan melompat keluar dan
terus berlari ketempat asal.
3) Sambil melintas garisan dia akan mencuit tapak
tanganpeserta no 2.
4) Dengan itu peserta no 2 pun meneruskan
perlumbaan itu.
5) Kumpulan yang selesai lebih awal dikira
sebagai pemenang.
GELUNG ROTAN
Nama Permainan : Gelung Rotan
Jangka masa :
5 - 10 minit
Tempat : Gymnasium
atau Kawasan lapang
Bilangan pemain : 5 - 10 orang
Senarai Alatan : 2 Gelung Rotan, 8 Skital ,Bola getah dalam kuantiti yang
banyak dan bakul
bola
Petunjuk :
Skital Gelung rotan Pemain Bakul Bola
Langkah-langkah Pelaksanaan, Permainan , Peraturan dan Syarat-syarat
Permainan :
i. Pemain mesti melalui kesemua skital secara zig zag.
ii. Ketika meleret bola, kaki tidak dibenarkan melepasi garisan meleret
bolayang disediakan.
iii. Hanya dibenarkan meleret bola dengan menggunakan tangan.
iv. Kawalan permainan : Masa yang telah ditetapkan adalah 5 minit.
v. Penentuan
Pemenang : Berdasarkan bilangan bola yang berjaya dikumpulkan di dalam gelung
rotan pada masa yang ditetapkan.
Cara Bermain :
1.
Permainan dimainkan dalam 2
kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.
2. Pemain akan berbaris mengikut
kumpulan di belakang garis mula.
3.
Pemain mengambil bola di
dalam bakul yang disediakan dan melalui halangan(skilter) secara berlari zig
zag dengan membawa hanya sebiji bola sahaja ditangan.
4.
Seterusnya, pemain berdiri di
belakang garisan meleret bola yang berada 3 m
dari gelung rotan. Pemain dikehendaki meleret bola dengan gelung rotan.
DATUK HARIMAU
DATUK HARIMAU
Bahan
Topeng
Tongkat
Tempat
: padang
Cara bermain:
1
Guru menjemput seorang murid menjadi ‘Harimau’ (seekor haiwan buas yang
makan manusia) .
2. Murid – murid berdiri di belakang ‘Datuk Harimau’. Jarak antara mereka
dengan ‘Datuk Harimau’ ialah 5 kaki (1.5 meter)
JAN JAN JALA ITIK
L lirik lagu : JAN JAN JALA ITIK
Jala-jala Itik
Jan-jan jala , jala , jala ayam,
Berapa lubang kancil ,
Seratus lima puluh ,
Panggil Cik Dayang singgah ,
Makan sirih mulutnya merah
.
Peraturan permainan
1 . Lantik 2 orang murid sebagai ketua . Guru akan memberi
lambang yang berbeza kepada ketua yang dipilih secara rahsia seperti biru dan merah.
2 . Kedua-dua ketua itu akan berpegang tangan membentuk seperti pintu gerbang . Murid-murid akan berbaris di hadapan pintu gerbang .
2 . Kedua-dua ketua itu akan berpegang tangan membentuk seperti pintu gerbang . Murid-murid akan berbaris di hadapan pintu gerbang .
Thursday, 13 September 2012
Permainan Teng-Teng
Di
kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja.
Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan
perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis
untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak kosong
bagi satu gelanggang.
Selain
dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini.
Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit
syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan
pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi
para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.
Wednesday, 12 September 2012
Pengenalan Permainan Kecil
Pengenalan Permainan Kecil
Maksud main, permainan dan sukan.
Main
Main
ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain
perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu
atau
mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi
kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau
tujuan tertentu.
Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak- kanak.
Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak- kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.
Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak- kanak.
Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak- kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)